Thursday, December 18, 2008

Cara-cara mengurangkan belanja majlis perkahwinan

Aku memang tak suka nak copy hasil tulisan orang lain, tapi kenkadang tuh sifat keinginan untuk sharing benda yang aku rasa best untuk share memang tak dapat dielakkan, maka oleh itu. Dipersembahkan...



Semakin hari, perbelanjaan kita semakin meningkat. Begitu juga dengan perbelanjaan kahwin. Sebagai seorang yang masih bujang dan akan melangsungkan perkahwinan bila jodoh sudah sampai, aku amat risau akan perkara ini kerana aku akan berkahwin suatu hari nanti.

Oleh itu, dengan sedaya upaya aku cuba memikirkan cara paling terbaik untuk mengurangkan perbelanjaan semasa majlis perkahwinan. Berikut adalah beberapa cara yang aku rasa agak terbaik dan boleh di ikuti:

1. Buat majlis perkahwinan pada bulan puasa.

Nah. Bila bulan puasa, semua orang tak boleh makan pada waktu siang hari. Jadi, buatlah di bulan puasa. Tetamu akan datang untuk memberikan salam kaut pada bapa pengantin, dan di bawa ke dalam untuk melihat pengantin bersanding.

Juga dapat potong budget pasukan kompang kerana tak kan lah mereka ingin berkompang pada waktu panas terik kan?

2. Buat majlis perkahwinan tanpa menyediakan juadah makanan

Ok, mungkin jika dibuat bulan puasa adalah kurang baik kerana pengantin sudah "halal" dan takut-takut mereka bersetubuh pada waktu siang dan akan menyebabkan si suami terpaksa puasa 2 bulan untuk menggantikannya.

Jadi, tak usah sediakan lauk-pauk. Pengantin akan bersanding dan tetamu hanya datang tengok sahaja. Bila tetamu tanya kenapa tiada makanan, cakap sahaja lah begini, "anggap sahaja macam window shopping. Pergi jalan-jalan di shopping complex tapi tak beli apa-apa."

3. Menyuruh tetamu membawa makanan sendiri

Yang ini lebih mudah. Pada kad jemputan, tulis dengan font yang besar ayat ini: "Makanan tidak di sediakan. Sila bawa juadah sendiri."

Bukan sahaja dapat berjimat, malah tetamu juga puas hati kerana boleh makan makanan kegemaran mereka pada majlis perkahwinan anda. Housemate aku, Hafiz, yang tidak makan nasi pasti gembira kerana boleh bawa roti High 5 di kenduri kahwin anda nanti.

4. Adakan majlis perkahwinan pada hari bekerja

Buat kenduri perkahwinan anda pada hari bekerja. Isnin hingga Jumaat. Lebih terbaik jika jangan terkena pada cuti sekolah. Jadi, agak sukar untuk mereka mahu ke kenduri tersebut.

Lebih terbaik bila anda tetapkan waktu makan pada pukul 2:30 petang hingga 4:30 petang.

5. Buat majlis perkahwinan di pasar malam

Tempatkan pelamin pada hujung di satu pasar malam. Tetamu terpaksa menempuh pasar malam untuk ke bahagian pelamin. On the way tu, pasti mereka akan beli makanan di pasar malam. Selesai satu masalah.

6. Kahwin serentak dengan semua adik beradik

Jika kamu di lahirkan dalam keluarga yang besar, ia amat menguntungkan.

Pakat sahaja semua adik beradik kamu untuk kahwin serentak. Kos untuk perbelanjaan kenduri dapat di kurangkan. Bayangkan jika kamu ada 9 adik beradik. Kos untuk satu majlis perkahwinan berjaya di bahagikan kepada 9 bahagian.

Siapkan satu pelamin sahaja. Bergilir-gilir ketika ingin bersanding. Mahu lebih jimat? Mudah sahaja. Gunakan baju pengantin yang sama untuk setiap adik beradik. Selepas satu pasang pengantin bersanding, buka baju bersanding itu dan beri kepada adik yang mahu bersanding pula.

7. Tumpang majlis perkahwinan orang lain

Adakan majlis perkahwinan di sebelah majlis perkahwinan orang lain. Bila tetamu anda datang dan ingin menjamu selera, suruh mereka ambil makanan di majlis bersebelahan.

8. Tempatkan lokasi majlis perkahwinan di tempat yang susah nak dikunjungi oleh tetamu

Jika kamu tinggal di Semenanjung Malaysia, kamu nyatakan lokasi majlis perkahwinan di Sabah/Sarawak. Dan juga sebaliknya bagi yang tinggal di Sabah/Sarawak.

Tapi, jika kamu rasa para tetamu masih boleh sampai ke destinasi yang dimaksudkan, nyatakan yang kamu langsungkan majlis perkahwinan di Fiji, Hawaii, Madagascar atau mana-mana negara yang kamu suka.

Tapi, jangan pula tulis kamu mahu membuat majlis di Israel, dapat pulak pasport Malaysia masuk Israel. Nanti nampak sangat tidak logiknya.

9. Beri peta palsu untuk lokasi majlis perkahwinan anda

Jangan bagi peta yang betul pada kad perkahwinan. Beri lokasi palsu. Jadi semua tetamu akan sesat. Jika tetamu telefon untuk bertanya, jangan angkat.

Pada hari esok, kamu memohon maaf kepada tetamu dan kata kedai kamu mencetak kad perkahwinan yang tersalah cetak peta, walhal kamu yang memang tak mahu buat majlis perkahwinan.

Jika mereka tanya kenapa tak angkat telefon, kata yang kamu sibuk melayan tetamu.

10. Letak iklan di akhbar

Tangkap gambar anda dan pasangan anda berpakaian pengantin dan hantar ke semua akhbar tempatan. Macam iklan jenis satu muka surat penuh tu.

Beli satu muka surat surat khabar dan letak gambar tersebut dan tulis: "Maka dengan ini si polan bin polan telah selamat di ijab kabul dengan si polan binti polan pada (tarikh)....". Lebih mudah bukan? Malah lebih jimat kos.

Itulah cara-cara terbaik yang aku dapat fikirkan dalam masa setengah jam untuk mendapatkan cara mengurangkan kos majlis perkahwinan anda. Bagaimana? Ada berani ke mahu cuba?

Ginilah kalau dah kegawatan ekonomi..hahahahahha

Read more...

Wednesday, December 17, 2008

Jadual Music Show RTW 8

Menurut sumber yang boleh dipercayai dan tidak boleh diberitahu pada semua orang, maka berikut adalah senarai penuh perjalanan masa Rock The World 8 nanti. Jumpa disana!

ROCK THE WORLD 8
BAND SCHEDULE
CONCERT DAY - 20TH DECEMBER 2008


12.00pm - 12.15pm College band 1
12.15pm - 12.25pm break
12.25pm - 12.40pm College band 2
12.40pm - 12.55pm break
12.55pm - 1.10pm College band 3
1.10pm - 1.20pm Zuhur Prayer break
1.20pm - 1.35pm College band 4
1.35pm - 1.45pm break
1.45pm - 2.00pm College band 5
2.00pm - 2.10pm break
2.10pm - 2.55pm College band 6
2.25pm - 2.35pm break
2.35pm - 2.55pm Estrella
2.55pm - 3.05pm break
3.05pm - 3.25pm Bunkface
3.25pm - 3.35pm break
3.35pm - 3.55pm Zip Zieller
3.55pm - 4.05pm break
4.05pm - 4.30pm Republic of Brickfields
4.30pm - 4.45pm Asar Prayer Break
4.45pm - 5.05pm Upon Arrival
5.05pm - 5.15pm break
5.15pm - 5.35pm Komplot
5.35pm - 5.45pm break
5.45pm - 6.05pm They Will Kill Us All
6.05pm - 6.15pm break
6.15pm - 6.35pm The Otherside Orchestra
6.35pm - 6.45pm break
6.45pm - 7.10pm Pure Vibracions
7.10pm - 7.25pm Maghrib Prayer Break
7.25pm - 7.45pm The Times
7.45pm - 7.50pm break
7.50pm - 8.20pm Laila's Lounge
8.20pm - 8.30pm Isyak Prayer Break
8.30pm - 8.50pm Estranged
8.50pm - 9.00pm break
9.00pm - 9.20pm Koffin Kanser
9.20pm - 9.30pm break
9.30pm - 9.50pm OAG
9.50pm - 10.00pm break
10.00pm - 10.20pm Revenge
10.20pm - 10.30pm break
10.30pm - 10.50pm One Buck Short
10.50pm - 11.00pm break
11.00pm - 11.20pm Butterfingers
11.30pm END

Read more...

Monday, December 15, 2008

Bagaimana Untuk Daftar Persatuan Di Malaysia

Blogpost ini diwujudkan kerana rasa terpanggilnya diri ini untuk share knowledge yang aku terima kepada semua orang kerana pada awal aku mencari info ini agak susah untuk dapat, even Google sendiri tak dapat cari exact relevance dengan search term aku, yang kemungkinan besarnya adalah disebabkan kebanyakan website kerajaan Malaysia masih tidak reti menggunakan SEO untuk sites mereka.

Oleh itu, diberitahu bahawa kerajaan yang berkaitan dengan pendaftaran persatuan adalah Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (JPPM), dan website mereka adalah di: http://www.ros.gov.my

Dan borang mereka available untuk download di link bawah ini:
http://www.ros.gov.my/content.php?ida=BOR-20080310170647

Namun begitu, sila baca dahulu di muka hadapan site mereka tentang segala info yang anda perlu tahu sebelum menubuhkan persatuan.

PSSST: Nak tahu kenapa timbul soal mendaftar persatuan? Sebab aku sendiri akan daftar persatuan dengan geng aku sendiri nanti, bukan politik bukan protesan, tapi absolutely relevance dengan professionalism aku.

Kenapa nak tubuh? Well.. mungkin sebab aku memang dahulu lagi berangan untuk anggotai satu persatuan yang kuat dan boleh sumbang unuk majukan things yang aku minat. Dan perkara yang aku minat itu adalah Information Technology (IT) salah satunya dan mana tau persatuan ni nanti akan dapat membawa arus perubahan dalam industry IT tempatan hendaknya.:)

It’s a big dream to catch and almost impossible! ..but someone got to do it right?

Read more...

George W Bush vs Kasut


Video ini adalah antara video yang terbaek aku dapat hari ini mengenai George W Bush yang telah dibaling dengan kasut oleh seorang pemberita Iraq yang rasanya semua orang boleh mengagak "kenapa yer dia baling kasut dia?" iaitu......... yes! Perang mencari senjata pemusnah di Iraq yang selama ini berada di belakang rumah aku sahaja. TQ!

Read more...

2008 Mengucap, 2009 Menendang Di Perut

Lama rasanya aku tak menaip dalam blog aku, bukan sebab apa pun. rasanya macam aku dah terperangkap dalam kejar semua benda yang ada dalam dunia nih. Yeah, aku akui memang aku tamak Tapi.. aku just make a living here by involve in any things yang aku rasakan boleh bagi pros pada aku balik. Adalah benda tu, aku ceritakan semua akan datang.

BTW, 2009 is coming and bila aku rewind balik time aku tempuh all the way 2008 nih memang penuh dengan memori-memori galaksi alam semesta rasanya. Banyak sangat la benda yang berlaku, dan cepat pun terasa jugak. Tapi papepun, 2008 nih ada improvement aku dah lakukan a little................ bit! impressive achievement. hehe.. Even little sekalipun tapi boleh megoncangkan dunia! LOL!

Maafkan la andainya aku dah lama tak berblogging kat sini, dan berjanji akan kembali semula taip menaip segala perkara yang aku rasakan paut ditaip sejak azali lagi. Cet! And lepas nih kan, kalau aku taip everything aku mesti lakukan 2009 nih bagus gak kan? At least aku boleh tatap everyday and make sure every list must be tick meaning already done the job.

*Shit! lama sangat tak blog sampailupa letak nama tajuk blog nih. Adey! What a clumsy me..

Read more...

Berita Yang Menarik 13hb December Lepas

Aku dapat email dari member yang bagi satu berita yang aku tak berapa sure source dari company newspaper mana, mengenai silap langkah yang dilakukan perompak pecah rumah. Memang menarik berita dia dan bagaimana perompak tu rasa bila dia masuk ke rumah yang disangka orang biasa, tetapi rupa-rupanya adalah "BOMOH!" HAHAHAHHAHA!!

KEMANAN: A burglar entered a house-turned-grocery shop, thinking he was in for a killing. He nearly got himself killed instead.

The owner, who was away to celebrate Hari Raya Haji returned home yesterday morning to find the burglar trapped in the house for 72 hours without food and water.

The intruder was fatigued and dehydrated when the owner and his wife returned to the shop in Kampung Binjai from their hometown in Kota Baru.The couple, in their early 50s, found the burglar lying in a room, clasping
his hands in an apologetic gesture for his wrongdoing.

The owner, instead of calling the police, decided to call an ambulance to rush the burglar to the nearest hospital.

When interrogated later, the 36-year-old burglar told investigating officers that he had sneaked into the house after realising the owner was out.

*The burglar, who entered via the back door, claimed that he was blinded once he was inside and felt like he was in a cave.*

*"Each time I wanted to flee, I felt a 'supernatural figure' shoving me to the ground,'' he told police.*

*He claimed this was his first time experiencing such trauma during a break-in.*

*The burglar had no choice but to stay put in the room for three days as his shouts for help were in vain*

Kemaman Deputy police chief Deputy Supt Abdul Marlik Hakim Johar said the couple lodged a police report on the same day.


He said the burglar was warded at the Kemaman Hospital and his condition is stable.

Read more...

Talk to Sham

Do you have something to ask me? Perhaps chit chat? Or jut want to close-up knowing me? Just IM me on these places:

YM: fall2zero
Skype: shamhardy
GTalk: eisham

P/S: Anytime you want to add me, please also include your message to it, so i will know which planet you come from ;-)

See me broadcast live!

I Need Your Help

Currently i'm working on my new site called HypeCapsule.com, i need more help from anyone whose interested in being as writer for the blog. Its about music/arts anyway (http://shamhardy.blogspot.com/2008/11/hype-capsule-is-up.html), please read more details of the site on link given. So.. anyone whose interested can send me your application on my e-mail at: eisham[a]gmail.com or chat with me personally on Yahoo Messenger, GTalk and Skype. Both id can be checked on the left footer sidebar of this page. Thank you!

  © Blogger template Spain by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP