Bittersweet Life
Hidup ini chantek, banyak benda chantek didunia ni, tapi kita tak mampu untuk memiliki segalanya, kerana kita kebanyakannya adalah suruhan kepada manusia yang tamak. Kita cuba berusaha, namun adakala kita ini malas, dan adakala kita down dengan manusia dan keadaan sekeliling kita, sedih sangat. Kenapa selalu terjadi begini?
Kita cuba melawan, namun aura disekeliling kita adalah lebih kuat dari tenaga kita miliki tatkala itu, apa nak jadi? Masa.. Kita pandai bercakap "jangan buang masa", namun adakala kita terlepas memikirkan betapa banyaknya masa kita telah buang jika kita pusing kebelakang sebentar.
Rohani.. Kita selalu melambatkan apa yang patut kita lakukan selama ini, kita biarkan roh kita lapar dengan amalan, kita sengsarakan hidup kita nanti di kemudian hari, namun banyak dari kita lalai, ramai yang bongkak dan bodoh sombong. Namun diakhir nanti ketika matahari hilang sinarnya dan bintang berguguran, ketika itulah kita tangisi perkara-perkara yang kita tahu kita patut lakukan sejak kita lahir dimuka bumi ini, namun... air mata kita pada ketika itu, hanyalah air mata untuk penyeksaan yang kita dijanjikan akan ditempuhi buat masa yang lama..... dan tiada siapa tahu bilakah ianya akan berakhir, hanya yang maha esa tahu segalanya.
Oleh itu kawan-kawan semua, sebelum kita sampai ke saat jalan cerita itu, kita mesti dapatkan apa kita mahu dulu, tinggalkan mereka yang tamak, dan bergerak mereka yang menghargai diri anda dan mereka yang ambil berat terhadap anda. Dan sentiasalah pandang keatas kerana ia maha melihat untuk membantu anda dalam apa jua rintangan hidup anda.